Refleksi Minggu Keempat HMT211
Refleksi Minggu Keempat HMT211
Refleksi 1 : Kuliah HMT211
Tarikh : 1 dan 2 Oktober 2019
Hari : Selasa dan Rabu
Masa : 2.00 petang hingga 3.00 petang
Tempat : DK E dan DK A
Pada 2 Oktober 2019 iaitu pada hari Rabu, kami pelajar HMT211 telah mempelajari mengenai penggunaan carta IPA (International Phonic Alphabets). Kami dikehendaki mengecam bunyi dan menulis semula apa yang didengari melalui video di dalam youtube iaitu bahasa 'wikitongues' di dalam bentuk fonemik. Pada kami yang baru kali pertama mendengar bahasa tersebut merasa agak sukar untuk ditulis semula kerana bahasanya begitu berbeza. Latihan ini melatih kami supaya lebih fokus dan teliti mengenai setiap bunyi fonik yang didengari.
Refleksi 1 : Kuliah HMT211
Tarikh : 1 dan 2 Oktober 2019
Hari : Selasa dan Rabu
Masa : 2.00 petang hingga 3.00 petang
Tempat : DK E dan DK A
Pada 1 Oktober 2019 iaitu pada hari selasa, kami pelajar HMT 211 telah mempelajari mengenai bunyi-bunyi fonik dan kedudukan setiap bunyi serta organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Kami dikehendaki memakai sarung tangan getah sambil mata ditutup dengan kain. Kami perlu melihat pergerakan alat artikulasi aktif semasa membunyikan bunyi tertentu seperti 'geh', 'peh' dan sebagainya secara berpasangan.
Kemudiannya dalam aktiviti kedua, kami perlu bertukar-tukar memimpin pasangan masing-masing untuk berjalan serta menuruni tangga dengan menutupi kedua-dua belah mata menggunakan kain.
Tujuan pembelajaran pada hari ini ialah untuk mengetahui alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi tertentu dan mengenal pasti perbezaan organ artikulasi jika berlainan jantina. Aktiviti kedua pula bertujuan untuk melatih kami peka dalam penggunaan deria pendengaran semasa arahan diberikan ketika mata ditutup. Selain itu kami juga sedikit sebanyak dapat memahami perasaan mereka yang mengalami masalah penglihatan semasa melalui kehidupan seharian.
Tugasan pada hari ini ialah membawa pasangan berjalan sambil ditutupi matanya menaiki dan menuruni tangga berhampiran dengan DTSP dan kemudian melihat pergerakan artikulasi semasa menyebut bunyi 'teh' dan bunyi 'zeh'.
Pada 2 Oktober 2019 iaitu pada hari Rabu, kami pelajar HMT211 telah mempelajari mengenai penggunaan carta IPA (International Phonic Alphabets). Kami dikehendaki mengecam bunyi dan menulis semula apa yang didengari melalui video di dalam youtube iaitu bahasa 'wikitongues' di dalam bentuk fonemik. Pada kami yang baru kali pertama mendengar bahasa tersebut merasa agak sukar untuk ditulis semula kerana bahasanya begitu berbeza. Latihan ini melatih kami supaya lebih fokus dan teliti mengenai setiap bunyi fonik yang didengari.

Comments
Post a Comment