Posts

Refleksi Minggu ketujuh HMT211

Refleksi Minggu Ketujuh HMT211 Refleksi 7: Kuliah HMT211 Tarikh :22  Oktober 2019 Hari : Selasa  Masa : 1.00 petang hingga 3.00 petang Tempat : DK E               Pada  22  Oktober 2019,  kami pelajar HMT 211 telah mempelajari mengenai 'Sistem Huruf Bahasa Melayu' yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Tajul Aripin bin Kassin. Kami telah diperkenalkan mengenai maksud abjad atau huruf. Setiap bahasa di dunia mempunyai abjad/lambang bahasanya tersendiri. Abjad Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris merupakan abjad rumi (roman alphabet) manakala abjad arab (arab alphabet) digunakan di negeri-negeri Arab dan abjad ini berkembang ke nusantara menjadikan abjad jawi (jawi alphabet/jawi script) yang digunakan oleh orang Melayu. Abjad Cyril (Cyrillic Alphabet) ialah bentuk huruf yang digunakan di Rusia, Serbia dan Bulgaria.             Pensyarah juga menerangkan mengenai per...

Refleksi Minggu keenam HMT211

Refleksi Minggu Keenam HMT211 Refleksi 6: Kuliah HMT211 Tarikh : 15  Oktober 2019 Hari : Selasa  Masa : 1.00 petang hingga 3.00 petang Tempat : DK E               Pada  15  Oktober 2019,  kami pelajar HMT 211 telah mempelajari mengenai 'Fitur Distingtif' yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Tajul Aripin bin Kassin. Pada minggu ini kuliah telah digabungkan menjadikan kuliah berdurasi selama 2 jam iaitu jam 1.00 petang hingga 3.00 petang di DK E.              Di dalam kuliah ini, pensyarah telah menjelaskan mengenai definisi fitur dan distingtif yang bermaksud 'ciri' dan 'yang membezakan'. Fitur distingtif melibatkan pengujaran bunyi fonem yang melibatkan titik artikulasi dan cara pengujarananya juga berbeza antara satu sama lain.Contohnya, titik artikulasi labial melibatkan sengauan dan titik artikulasi dental pula tiada sengauan. Fitur juga terdiri daripada fitur positif (...

Refleksi Minggu Kelima HMT211

Refleksi Minggu Kelima HMT211 Refleksi  5: Kuliah HMT211 Tarikh : 8 & 9  Oktober 2019 Hari : Selasa dan Rabu Masa : 2.00 petang hingga 3.00 petang Tempat : DK E dan DK A               Pada  8 & 9  Oktober 2019,  kami pelajar HMT 211 telah mempelajari mengenai 'Fonem dan Alofon'. Kuliah minggu ini telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr Tajul Aripin bin Kassin. Pada awal kuliah beliau telah menerangkan mengenai maksud dan peerbezaan di antara fonem dan alofon di dalam Bahasa Melayu. Fonem merupakan unit terkecil yang membezakan makna. Fonem di dalam Bahasa Melayu dibahagikan kkepada fonem vokal, diftong dan konsonan. Sebagai contoh, fonem vokal terdiri daripada vokal depan iaitu /i/, /e/, /a/, vokal belakang iaitu /o/, /u/ dan vokal tengah iaitu /e-pepet/. Fonem diftong pula /ai/, /au/ dan /oi/.                 Alofon pula merupakan anggota-anggota bagi set...

Pengenalan

Image
Selamat Datang! Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan. Blog ini dicipta khas untuk Kursus HMT211 Fonetik Bahasa Melayu. Nama saya Hanisah binti Abdul Rahman. Saya merupakan pelajar tahun 3 dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Saya mengambil major Pendidikan Khas dan minor Bahasa Melayu. Saya harap dengan mengikuti kursus ini saya dapat mendalami dengan lebih baik mengenai ilmu di dalam Bahasa Melayu. Nama : Hanisah binti Abdul Rahman No. Matrik :139532 No. Bilangan : 22 Kumpulan tutorial : Isnin (4.00 petang - 5.00 petang) Pusat Pengajian : Ilmu Pendidikan

Refleksi Minggu Ketiga HMT211

Image
Refleksi Minggu Ketiga HMT211 Tarikh : 24 dan 25 September 2019 Hari : Selasa dan Rabu Tempat : DK F, dan Tapak Convex USM Pensyarah : Puan Nor Haniza binti Abdul Khairi & DR Radiah Yusoff Kursus : HMT211 Fonetik Bahasa Melayu Pada minggu ketiga ini pensyarah menguji mengenai kefahaman kami berkaitan anatomi dan fisiologi manusia dengan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan. Kemudiannya pensyarah menayangkan video "The Sound Of Music" dan perlu membuat gerak geri sama seperti dalam video tersebut. Kami perlu merakamkan video sama seperti video tersebut mengikut kreativiti masing-masing dalam setiap kumpulan dan memuat naik ke dalam kumpulan telegram. Tugasan kami pada minggu ini ialah melakarkan infografik berkaitan masalah gangguan pertuturan yang dialami oleh manusia. Kami perlu memuat naik gambar semasa tugasan dilakukan. Pada hari berikutnya pensyarah mengadakan kelas di Tapak Convex. Di sana kami diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lagu yang mempunyai...

Refleksi Minggu Kedua HMT211

Image
Refleksi Minggu Kedua HMT211 Tarikh : 17 dan 18 September 2019 Hari : Selasa dan Rabu Tempat : DK F, dan DK A USM Pensyarah : Puan Nor Haniza binti Abdul Khairi & DR Radiah Yusoff Kursus : HMT211 Fonetik Bahasa Melayu Pada minggu kedua pula kami diarahkan untuk mencari ahli kumpulan seramai 15 orang bagi aktiviti kuiz mengenai anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Setiap ahli kumpulan mestilah terdiri daripada berlainan jantina, berlainan pusat pengajian bangsa dan juga agama. Kami diberikan satu kad manila, marker pen dan pensel. Setiap kumpulan dikehendaki melukis rajah anatomi dan fisiologi manusia kemudan melabel mengikut label yang betul. Kami juga perlu melukis bentuk pita suara ketika bunyi dihasilkan. Tugasan seterusnya ialah mencari nama lain bagi anak tekak. Kemudiannya, sebelum kelas berakhir setiap kumpulan dikehendaki menyanyikan lagu "Sesungguhnya" di dalam bahasa Iban. Lagu tersebut perlu dimuat naik di dalam kumpulan telegram. Aktiviti ini a...

refleksi Minggu Pertama HMT211

Image
Refleksi Minggu Pertama HMT211 Tarikh : 10 dan 11 September 2019 Hari : Selasa dan Rabu Tempat : DK F, USM Pensyarah : Puan Nor Haniza binti Abdul Khairi & DR Radiah Yusoff Kursus : HMT211 Fonetik Bahasa Melayu Pada 10, 11 September 2019 merupakan minggu pertama kami mempelajari mengenai kuliah HMT211 iaitu Fonetik Bahasa Melayu. Di dalam kuliah ini kami telah diperkenalkan dengan pensyarah. Kemudiannya pensyarah meminta kami untuk mencari ahli kumpulan yang berlainan jantina, bangsa, agama dan juga pusat pengajian. Pada ketika itu kelas menjadi agak huru-hara dan bising kerana masing-masing berebut-rebut melengkapi ahli kumpulan. Kami juga perlu memberikan gambar swafoto setiap kumpulan-masing. Tugasan pertama kami ialah menyanyikan lagu "Sesungguhnya" yang telah dinyanyikan oleh kumpulan Raihan dan Alif Satar. Kami diminta untuk menyanyikan lagu tersebut di dalam tiga jenis gaya iaitu yang pertama bunyi "aaa..", kedua bunyi "eee..." dan ket...