Refleksi Minggu keenam HMT211
Refleksi Minggu Keenam HMT211
Refleksi 6: Kuliah HMT211
Tarikh : 15 Oktober 2019
Hari : Selasa
Masa : 1.00 petang hingga 3.00 petang
Tempat : DK E
Refleksi 6: Kuliah HMT211
Tarikh : 15 Oktober 2019
Hari : Selasa
Masa : 1.00 petang hingga 3.00 petang
Tempat : DK E
Pada 15 Oktober 2019, kami pelajar HMT 211 telah mempelajari mengenai 'Fitur Distingtif' yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Tajul Aripin bin Kassin. Pada minggu ini kuliah telah digabungkan menjadikan kuliah berdurasi selama 2 jam iaitu jam 1.00 petang hingga 3.00 petang di DK E.
Di dalam kuliah ini, pensyarah telah menjelaskan mengenai definisi fitur dan distingtif yang bermaksud 'ciri' dan 'yang membezakan'. Fitur distingtif melibatkan pengujaran bunyi fonem yang melibatkan titik artikulasi dan cara pengujarananya juga berbeza antara satu sama lain.Contohnya, titik artikulasi labial melibatkan sengauan dan titik artikulasi dental pula tiada sengauan. Fitur juga terdiri daripada fitur positif (+) dan fitur (-) yang menunjukkan ciri yang sama/ada atau bertentangan/tidak. Sebagai contoh, +/b/ ialah [+bersuara] dan -/p/ [-bersuara]. Kami juga telah mempelajari mengenai Fitur Kelas Utama yang merangkumi Fitur Silabik, Konsonantal dan Sonoran dan menjelaskan Fitur Titik Artikulasi yang terdiri daripada Anterior, Koronal dan Dorsal.
Melalui kuliah pada minggu ini, saya dapat memahami serba sedikit mengenai Fitur Distingtif namun kuliah pada minggu ini perlu dibuat bacaan lanjut kerana masa kuliah amat terhad. Kami juga diberikan ujian semasa waktu tutorial.

Comments
Post a Comment