Refleksi Minggu Kelima HMT211

Refleksi Minggu Kelima HMT211

Refleksi  5: Kuliah HMT211
Tarikh : 8 & 9 Oktober 2019
Hari : Selasa dan Rabu
Masa : 2.00 petang hingga 3.00 petang
Tempat : DK E dan DK A



              Pada 8 & 9 Oktober 2019, kami pelajar HMT 211 telah mempelajari mengenai 'Fonem dan Alofon'. Kuliah minggu ini telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr Tajul Aripin bin Kassin. Pada awal kuliah beliau telah menerangkan mengenai maksud dan peerbezaan di antara fonem dan alofon di dalam Bahasa Melayu. Fonem merupakan unit terkecil yang membezakan makna. Fonem di dalam Bahasa Melayu dibahagikan kkepada fonem vokal, diftong dan konsonan. Sebagai contoh, fonem vokal terdiri daripada vokal depan iaitu /i/, /e/, /a/, vokal belakang iaitu /o/, /u/ dan vokal tengah iaitu /e-pepet/. Fonem diftong pula /ai/, /au/ dan /oi/.
                Alofon pula merupakan anggota-anggota bagi setiap fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi di antara satu sama lain tetapi masih di dalam golongan fonem yang sama. Contohnya, [faham] dengan [paham] mempunyai bunyi yang berbeza namun masih membawa maksud yang sama.
                 Kuliah pada minggu ini dapat difahami dengan baik walaupun masa untuk setiap kuliah adalah terhad. Kami diberikan ujian pada hari tutorial mengenai kefahaman berkaitan maksud dan perbezaan huruf dan fonem.

Comments