refleksi Minggu Pertama HMT211

Refleksi Minggu Pertama HMT211

Tarikh : 10 dan 11 September 2019
Hari : Selasa dan Rabu
Tempat : DK F, USM
Pensyarah : Puan Nor Haniza binti Abdul Khairi & DR Radiah Yusoff
Kursus : HMT211 Fonetik Bahasa Melayu


Pada 10, 11 September 2019 merupakan minggu pertama kami mempelajari mengenai kuliah HMT211 iaitu Fonetik Bahasa Melayu. Di dalam kuliah ini kami telah diperkenalkan dengan pensyarah. Kemudiannya pensyarah meminta kami untuk mencari ahli kumpulan yang berlainan jantina, bangsa, agama dan juga pusat pengajian. Pada ketika itu kelas menjadi agak huru-hara dan bising kerana masing-masing berebut-rebut melengkapi ahli kumpulan. Kami juga perlu memberikan gambar swafoto setiap kumpulan-masing. Tugasan pertama kami ialah menyanyikan lagu "Sesungguhnya" yang telah dinyanyikan oleh kumpulan Raihan dan Alif Satar. Kami diminta untuk menyanyikan lagu tersebut di dalam tiga jenis gaya iaitu yang pertama bunyi "aaa..", kedua bunyi "eee..." dan ketiga mengikut dialek negeri yang terdapat di Malaysia. Kami perlu merakamkan video tersebut dan kemudiannya dimuat naik ke dalam kumpulan telegram. Kami juga diminta untuk mengenal pasti anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Tugasan kami pada hari ini ialah membuat sorotan tesis mengenai fonologi. 


Comments